Saturday, February 28, 2009

Toner mata PERMATA HIJRAH

Toner Mata PERMATA HIJRAH

Assalamualaikum...

Memperkenalkan produk pemulihan mata secara islamiah iaitu toner mata. Toner mata dari Permata Hijrah ini telah diformulasikan oleh 2 orang tabib yang dihasilkan melalui pengajian dengan ulama-ulama terkenal dari Kelantan dan Patani menerusi penemuan khazanah dalam kitab-kitab tua.

Toner mata yang dihasilkan dari formula air zam-zam, air suling yang bermutu tinggi, mutiara dalam laut, herba & karangan laut. Ianya tidak memedihkan mata dan boleh menyejukkan, menyegarkan, menyihatkan mata dan membantu merawat masalah mata. Tidak mempunyai bahan kimia dan tidak memabukkan serta boleh meneutralkan bahan kimia.

Produk-produk ini telah terbukti kemujarabannya dalam menyelesaikan pelbagai jenis penyakit mata dan lain-lain samada dalaman atau luaran. Produk Permata Hijrah telah dikilangkan oleh kilang yang bertaraf GMP dan telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan.(KKM: NOT 080500670).

* Untuk melihat No.siri dari kelulusan kementerian kesihatan sila rujuk di tepi kotak produk





RM12.90

Untuk cuci mata, gatal mata, berair mata, ketumbit dan mengeluarkan habuk dalam mata




RM29.90


Untuk peringkat permulaan rabun. Untuk mengurangkan "POWER" kaca mata, masalah rabun dekat dan jauh dan mencairkan selaput lendir yang tumbuh di dalam mata dengan izin ALLAH .....




RM59.90 + RM59.90


Untuk masalah silau mata, masalah rabun dekat dan rabun jauh, masalah kornea mata, masalah katarak, masalah glukoma, masalah urat saraf, masalah rabun yang disebabkan kencing manis, mengurangkan "POWER" kaca mata dan mencairkan selaput lendir di dalam mata dengan izin ALLAH. InsyaAllah sembuh tidak perlu dibedah dan tidak berkaca mata lagi. Warna Hitam = Untuk kegunaan malamWarna Hijau = Untuk kegunaan siang




RM189.90


Masalah rabun malam, rabun ayam, masalah silau mata yang serius, masalah urat saraf mata yang serius, masalah retina rosak, masalah kornea koyak, masalah katarak yang lebih serius, masalah saluran air mata tersumbat, masalah kekeringan airmata, masalah mata yang sangat letih, masalah rabun dekat & rabun jauh yang lebih serius, masalah rabun yang disebabkan oleh penyakit kencing manis yang serius, mengurangkan "POWER" kaca mata yang melebihi 400 ke atas, mencairkan selaput lendir, menguatkan kembali urat saraf mata yang sangat lemah disebabkan laser atau pembedahan. Dengan izin ALLAH, insyaAllah sembuh dan tidak perlu di bedah atau laser dan tidak perlu berkaca mata lagi. InsyaAllah....




RM599.90


special..Paling Terbaik!! Sudah Terbukti!! Masalah silau mata....Insya Allah dengan izin Allah Ta'ala ramai yang telah sembuh!! Masalah katarak... InsyaAllah dengan izin ALLAH Ta'ala ramai yang telah sembuh tak perlu dibedah/laser. Masalah rabun yang disebabkan oleh kencing manis, mengurangkan "POWER" kaca mata telah ramai yang dapat melihat tanpa memakai kaca mata. INSYAALLAH DENGAN IZIN ALLAH TA'ALA.




RM130.00 termasuk pos



PERMATA TERAPI (alat urutan untuk kesihatan mata). Sesuai untuk semua peringkat umur. Membantu masalah rabun jauh & dekat, mencerahkan lingkaran gelap bawah mata, meminimakan sembab mata akibat tidur berlebihan, mengurangkan bengkak mata, mengurangkan sakit kepala akibat tekanan pada saraf mata dan juga untuk masalah tidur malam. Alat ini juga membangkitkan suasana santai selepas menyembur/menitiskan toner Permata Hijrah dan pada masa yang sama membantu menambah keberkesanan toner mata Permata Hijrah. InsyaAllah

Bedak Resdung - RM 39.90


Dirumus daripada herba-herba & mutiara berkualiti tinggi bagi tujuan membantu melegakan resdung & gatal-gatal di muka. Ia Juga dapat membantu menghilangkan jerawat, bintik-bintik hitam & parut nipis muka. Selain daripada itu ia juga membantu mencerahkan, melembut serta menyegarkan kulit muka.

Cara Guna:Goncang dan sapu di muka bila perlu.





Toner Hidung - RM 9.90



Gatal muka, hidung berair, bengkak, tersumbat hidung, jerawat, jeragat, & parut kecil.Cara Guna:Titik ke dalam hidung 2 titik pagi, 2 titik malam. Untuk jerawat, sapukan sahaja.




Kapsul Resdung - RM 29.90

Gatal hidung, berair hidung, nafas berbau, jerawat, pening kepala, alahan makanan laut, kelumumur, rambut gugur, gatal muka, menanah & berair telinga.
Cara Guna:Makan 2 biji pagi, 2 biji malam (selepas makan)





Kapsul Resdung - RM 119.90
Digunakan untuk mengurangkan resdung.Gatal hidung, berair hidung, nafas berbau, jerawat, pening kepala, alahan makanan laut, kelumumur, rambut gugur, gatal muka, menanah & berair telinga.


WM RM22.90
EM RM25.90

Sabun Resdung
Untuk membantu melegakan resdung dan gatal-gatal dimuka. Ia juga dapat membantu menghilangkan jerawat, bintik-bintik hitam dan parut nipis dimuka selain membantu mencerah, melembut, serta menyegarkan muka.


SET RESDUNG
HARGA ASAL - RM102.60
HARGA PROMOSI - RM95.50

Set untuk mengubati resdung dan jerawat.
ara yang disyorkan: sebelum tidur, cuci muka dengan sabun, kemudian makan pil resdung, pakai bedak resdung, keesokan pagi titiskan air resdung.
RM200
Ekstrak Buah Bilberry 100%
Untuk kesihatan mata


BARU!! Shampoo Mutiara Permata Hijrah
Harga pengenalan RM50 (biasa RM60+)

- 100% botanical extract
- Tanpa paraben
- Tanpa bahan kimia

* Menyejukkan (secara tak langsung dpt mengurangkan tekanan belakang mata)
* Melegakan sakit kepala
* Menghilangkan bau rambut yang bertudung
* Melegakan masalah kulit

WM RM39.90
EM RM42.90

Perampina

Dirumus secara tradisional untuk mengurangkan berat badan, membantu penghadaman dan untuk kesihatan



WM RM29.90
EM RM32.90

Ramuan yang sangat berkesan untuk :
- mengatasi masalah rambut gugur
- mengembalikan sel-sel kulit kepala yang rosak
- menjadikan kulit kepala sihat & segar

SESUAI UNTUK KEGUNAAN HARIAN

Friday, January 9, 2009

KAPSUL HABATUSSAUDA BARAKA - RM16


  • Mempunyai 24 kapsul
  • Sebagai makanan tambahan untuk mengekalkan kesihatan dan merawat segala penyakit..insyaALLAH
  • Diimport terus dari Mesir
Hadis riwayat Bukhari menyebut seperti berikut:

....الْحَبَّةِ السَّوْدَاءِ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ إِلَّا السَّامَ

Maksudnya: "Habbatus sawda’ mempunyai penawar bagi semua penyakit kecuali maut.”

Ciri-Ciri Habbatus Sawda’Menurut Dr. Abdullah Abdurraziq Mas’ud, di dalam kamus al-Mu’jam al-Wasit mendefinisikan habbatus sawda’ iaitu sebagai sejenis rumput yang berwarna hitam yang bermusim tahunan. Ia mempunyai daun yang kecil serta halus dan bunganya pula berwarna biru. Di hujung bunga tersebut terdapat buah yang berbungkus yang di dalamnya terdapat biji kecil yang berwarna hitam.



Dari sudut saintifik, habbatus sawda’ ini termasuk di dalam famili atau jenis Nigelle dan Ranunculus atau Remun Culaceae dan nama saintifik bagi habbatus sawda’ ini ialah Nigelle Santiva.
Fakta Saintifik: Nilai-Nilai Perubatan Dan Kandungan Yang Terdapat di Dalam Habbatus Sawda’.Melalui hasil analisa yang telah dijalankan oleh Dr. Zemmy HM Rai, beliau mendapati bahawa habbatus sawda’ ini mengandungi enzim-enzim penghadaman, fostat, kalsium sulfur, karbohidrat, anti bakteria, anti kanser, hormon-hormon penguat tenaga batin, unsur-unsur peningkatan seksual, melawas air kecil (kencing) dan penyembuh demam kuning. Malah di dalam habbatus sauda’ ini juga terdapat beberapa bahan yang penting iaitu fixed oil (saturated dan unsaturated), minyak-minyak asas (sterol, carvone, thymohydro quinine, limonine, cymene), alkali (alkoloids), saponin dan asid amino.
Pada tahun 1986, Dr. El-Kadi dan Dr. Kandil membuat kajian yang melibatkan dua kumpulan sukarelawan. Bagi kumpulan pertama, setiap individu diberikan kapsul habbatus sauda’ sebanyak satu gram bagi diambil dua kali sehari selama empat minggu dan kumpulan kedua diberikan kapsul kosong atau placebo. Kadar sel-sel putih dalam darah atau complete lymphocyte count dikenal pasti sebelum dan selepas kajian dilakukan. Selepas empat minggu, didapati daya ketahanan sel putih atau helper to suppressor T-cell ratio sukarelawan yang mengambil habbatus sauda’ meningkat sebanyak 72 kumpulan dan sebaliknya bagi kumpulan yang kedua, ia didapati menurun sebanyak 7 peratus. Dalam laporan yang dikemukakan, mereka merumuskan penemuan ini dapat dijadikan batu asas bagi merawat pesakit-pesakit AIDS, barah dan seumpamanya kerana habbatus sauda’ mampu merangsang sistem pertahanan badan atau immune system secara positif. Keputusan kajian ini disahkan oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor Basil Ali dan kumpulannya dari Kolej Perubatan Universiti Raja Faisal. Hasil kajian itu dimuatkan di dalam Saudi Pharmaceutical Journal pada tahun 1993. Dr. Haq dari Pusat Penyelidikan Biologi dan Perubatan di Riyahd, Saudi Arabia juga mengesahkan kebenaran penemuan ini pada tahun 1997.
Terdapat banyak lagi kelebihan habbatus sawda’ yang telah dibuktikan berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan oleh para pengamal perubatan sedunia yang lain. Antaranya Dr. Badr-el-din dan Dr. Mahfouz pada tahun 1960 mendapati ianya berfaedah dalam rawatan penyakit asma. Kajian yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Amala di Amala Nagar, Kerala, India pada tahun 1991 mendapati ianya dapat membantu dalam rawatan kanser. Ahli-ahli sains dari Jabatan Farmasi, Universiti Dhaka Bangladesh melakukan kajian yang membandingkan habbatus sawda’ dengan lima antibiotik yang terkenal dan mendapati ianya lebih berkesan berbanding kelima-lima antibiotik tersebut.
Demikianlah penemuan-penemuan saintifik yang direkodkan oleh para ilmuan Islam dan bukan Islam dalam penyelidikan mereka dalam mengkaji dan menguji keabsahan kata-kata Baginda Rasulullah s.a.w. - azmuha